09 Januari 2010

TANDA KEMATANGAN???????

Ketawa mengekeh.
Kesat air mata.
Lawak, sumpah lawak.

Kamu kata aku buat keputusan kurang matang?
Pemikiran dangkal.
Sempit.
Gila.







Apa maksud matang bagi kamu?
Ada teman hidup?
Berkahwin?
Ada anak satu?
Dua?
Tiga?






Takkan bila bergelimpangan di ranjang bersama itu baru dikira matang?
Takkan bila terkedang di bilik bersalin itu baru dipanggil matang?
Habis, apa itu matang?





Kata orang, mulut boleh dibiar buka luas-luas.
Tapi mulut yang dibuka luas-luas juga perlu ada bukaan tertentu.
Bukan semua boleh keluar.
Bukan semua boleh diluah.
Bukaan luas bukan kamu boleh berlagak megah.


Gah.
Hidung di atas langit.
Hingus pasti akan meleleh ke bumi juga.
Ketawa.

Jangan sampai aku perlihatkan sisi kematangan.
Jangan sampai nanti kamu gosok mata tidak percaya.
Jangan sampai kamu hentak-hentak kepala, curiga.
Ketawa sambil geleng kepala.

Ini hidup aku.
Aku yang menentukan apa yang aku mahu.
Bukan kamu.
Bukan.

Kata-kata kamu sila simpan dalam longkang.
Eh, maksud aku bukan simpan.
Tapi buang.
Geli.

2 ulasan: